Skip to main content

Posts

BioMetaphysica Malaysia — Official Backup & Announcement Channel

BioMetaphysica Malaysia Official This blog serves as the official backup and announcement channel for BioMetaphysica Malaysia. Official website: https://biometaphysica.com ⁠ Please refer to our official website for information about our services, updates and official communications.
Recent posts

Website Rasmi BioMetaphysica Malaysia

Website Rasmi BioMetaphysica Malaysia BioMetaphysica Malaysia kini mempunyai website rasmi di biometaphysica.com . Di sana, katalog servis Bioenergi disusun mengikut kategori seperti perlindungan, pembersihan energi, ketenangan, peningkatan diri, aura dan servis khas. Setiap servis mempunyai penerangan tentang tujuan, kaedah, tempoh dan harga supaya lebih mudah diteliti sebelum membuat pilihan. Artikel-artikel bersiri turut dikumpulkan di sana, termasuk Siri Memahami Bioenergi, Siri Memahami Aura dan Siri Memahami Chakra. Kandungannya disusun secara berperingkat supaya lebih mudah dibaca dan dirujuk semula. Blog ini akan terus dikekalkan sebagai saluran sokongan, pengumuman dan rujukan kandungan terdahulu. Untuk maklumat servis dan artikel terkini, sila rujuk website rasmi: biometaphysica.com Pertanyaan boleh diajukan melalui WhatsApp di talian yang tertera pada website.

Diekori Dari Sekolah: Gangguan Misteri Seorang Guru Praktikal di Kelantan

Sebuah kisah benar daripada pengalaman penulis. Gangguan itu bermula selepas seorang guru praktikal mula mengajar di sebuah sekolah rendah di Kota Bharu, Kelantan. Pada mulanya cuma sukar tidur. Kemudian datang rasa ditindih setiap malam. Sehinggalah satu pemeriksaan selepas Subuh menemukan sesuatu yang tidak disangka-sangka... Minggu lepas saya menerima satu mesej WhatsApp daripada anak saudara saya. Namanya biarlah saya rahsiakan. Dalam cerita ini saya panggil dia Anie sahaja. Anie sedang menjalani latihan praktikal sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah di Kota Bharu, Kelantan. Pada mulanya mesej yang dihantarnya tidaklah begitu mencemaskan saya. “Paksu, semenjak Anie mula praktikal sebagai guru di sekolah ni, Anie selalu tak boleh tidur malam.” Saya membaca mesej itu beberapa kali. Tidak terlintas apa-apa yang pelik dalam fikiran saya ketika itu. Orang yang baru menjalani latihan mengajar tentu banyak perkara hendak difikirkan. Tempat baru, suasana baru, murid-murid y...

Kalau Bioenergi Benar-Benar Menyusun Semula Komunikasi Sel... Adakah Ia Sebenarnya Induk Kepada Hampir Semua Ilmu Metafizik?

  Kalau Bioenergi Benar-Benar Menyusun Semula Komunikasi Sel... Adakah Ia Sebenarnya Induk Kepada Hampir Semua Ilmu Metafizik? Dalam dua artikel sebelum ini, saya membawa satu persoalan yang mungkin kedengaran agak berani. Bagaimana jika proses penuaan bukan sekadar disebabkan oleh sel yang semakin rosak... Tetapi kerana sistem komunikasi di antara sel semakin hilang penyelarasannya? Kemudian saya berkongsi satu lagi teori. Bagaimana jika bioenergi bukan sekadar "menambah tenaga" ke dalam tubuh... Tetapi membantu menyusun semula bahasa komunikasi yang digunakan oleh sel? Sudah tentu... Ini hanyalah sebuah model teori. Belum dibuktikan oleh sains. Tetapi jika teori ini mempunyai sedikit kebenaran... Maka satu persoalan yang jauh lebih besar mula muncul. Mengapa hampir setiap tamadun di dunia menemui sesuatu yang kelihatan sangat serupa? Di India... Ia dipanggil Prana. Daripadanya lahir Yoga, Kundalini dan konsep Chakra. Di China... Ia dikenali sebagai Qi. Daripadanya berkemban...

Kisah Pagi Ahad: Cahaya Biru di Rumah Ibuku

  Kisah Pagi Ahad: Cahaya Biru di Rumah Ibuku 18 November 2018 — Sebuah kisah lama... Selepas solat Subuh, aku memeriksa telefon bimbitku. “Ah... habis bateri rupanya.” Tanpa membuang masa, aku segera mengecas semula Samsung S8-ku. Sebaik sahaja telefon itu hidup semula, masuk notifikasi panggilan tidak dijawab. Ternyata nombor ibuku. Waktu panggilan tersebut menunjukkan sekitar jam 11.00 malam. Aku mula tertanya-tanya. Jarang sekali ibu menelefon selepas jam 10.30 malam kecuali jika ada sesuatu yang penting atau kecemasan. Tetapi kalau benar-benar berlaku kecemasan, biasanya ahli keluargaku yang lain juga akan cuba menghubungiku. Disebabkan waktu masih terlalu awal, aku mengambil keputusan untuk menelefonnya semula kemudian. Jam baru menunjukkan sekitar 6.20 pagi. Aku mengambil keputusan untuk bermeditasi sebentar. Aku menghidupkan oil diffuser dan menitiskan essential oil lavender. Tidak lama kemudian, seluruh bilik dipenuhi haruman yang menenangkan. Aku menarik nafas perlahan-la...